SENTUHAN IMAN| Jangan Bertangguh Dengan Solat

JAGALAH SOLAT

Solat bukan beban, tetapi tanda cinta seorang hamba.

Kita mungkin sibuk mengejar dunia, namun jangan lupa akhirat tidak pernah menunggu.

“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”
(al-‘Ankabut: 45)

Jangan tunggu sempurna untuk taat, taatilah Allah supaya hidup diberkati. 

Allah telah menjanjikan kepada setiap hambaNya yang menjaga solat, akan mendapat lima jaminan ini:

1. Diangkat kesempitan hidup. 

2. Diangkat azab kubur. 

3. Dapat buku catitan amal tangan kanan. 

4. Melintas titian sirat sepantas kilat. 

5. Masuk syurga tanpa hisab. 

    Oleh itu, marilah sama2 berusaha solat di awal waktu dan sentiasa memelihara solat kita agar sentiasa khusyuk dan takut kepada Allah semata-mata. 

Apabila kita sedang melakukan sesuatu pekerjaan tiba-tiba terdengar laungan azan, dengan serta merta  hendaklah tinggalkan segala pekerjaan pada ketika itu dan terus menuju ke masjid untuk menunaikan kewajipan solat ini. 

    In sya Allah...kita akan mendapati bahawa hidup  sentiasa dalam keberkatan kerana mendapat redho dan rahmat daripada Allah serta limpahan kasih sayang Nya.


 

    



Terbaru Lebih lama