SINAR JIWA|Doa Istighfar Rejab|Majmu' Syarif


Doa Istighfar Rejab

Doa ini diambil dari Majmu' Syarif :

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 (3x) أَسْتَغْفِرُ ٱللّٰهَ الْعَظِيْمِ  

Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Kuasa 

اَلَّذِيْ لَا إِلٰـهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعَاصِيْ وَالذُّنُوْبِ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ مَاكَرِهَ اللَّهُ قَوْلًا وَّفِعْلًا وَّسَمْعًا وَّبَصَرًا وَحَاضِرًا 

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ اَسْتَغْفِرُكَ لِمَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ

Aku memohon ampun kepada Allah, Tuhan yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri. Aku bertaubat kepada-Nya daripada segala maksiat dan dosa, dan aku bertaubat kepada-Nya daripada segala perkara yang dibenci oleh Allah, sama ada melalui perkataan, perbuatan, pendengaran, penglihatan dan apa-apa yang dilakukan secara sedar.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu terhadap apa yang telah aku lakukan terdahulu dan yang terkemudian, terhadap apa yang aku melampaui batas, terhadap apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku zahirkan, serta apa yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah Yang Mendahulukan dan Engkaulah Yang Mengemudiankan, dan Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

اَللَّهُمَّ إِنَّيْ أَسْتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ تُبْتُ إِلَيْكَ مِنْهُ ثُمَّ عُدْتُ فِيْهِ 

وَأَسْتَغْفِرُكَ بِمَا أَرَدْتُ بِهِ وَجْهَكَ الْكَرِيْمَ فَخَالَطْتُهُ بِمَا لَيْسَ لَكَ بِهِ رِضًى 

وَأَسْتَغْفِرُكَ بِمَا وَعَدْتُكَ بِهِ نَفْسِيْ ثُمَّ أَخْلَفْتُكَ 

وَأَسْتَغْفِرُكَ بِمَا دَعَالِيْ إِلَيْهِ الْهَوَى مِنْ قَبْلِ الرُّخَصِ مِمَّا اشْتَبَهَ عَلَيَّ وَهُوَ عِنْدَكَ مَحْظُوْرٌ 

وَأَسْتَغْفِرُكَ مِنَ النِّعَمِ الَّتِيْ أَنْعَمْتَ بِهَا عَلَيَّ فَصَرَفْتُهَا وَتَقَوَّيْتُ بِهَا عَلَى الْمَعَاصِيْ

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu daripada setiap dosa yang telah aku bertaubat kepada-Mu daripadanya, namun aku kembali melakukannya. 

Aku juga memohon keampunan-Mu terhadap amalan yang aku niatkan untuk mencari keredaan Wajah-Mu Yang Mulia, tetapi aku mencampurkannya dengan sesuatu yang tidak Engkau redai.

Aku memohon keampunan-Mu terhadap apa yang telah aku janjikan kepada-Mu terhadap diriku sendiri, kemudian aku mengingkarinya. 

Aku juga memohon keampunan-Mu terhadap perkara yang didorong oleh hawa nafsu sebelum adanya kelonggaran, daripada perkara-perkara yang samar bagiku, sedangkan di sisi-Mu ia adalah perkara yang terlarang.

Dan aku memohon keampunan-Mu daripada segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku, lalu aku menyalahgunakannya dan menjadikannya sebagai kekuatan untuk melakukan maksiat.

وَأَسْتَغْفِرُكَ مِنَ الذُّنُوْبِ الَّتِيْ لَايَغْفِرُهَا غَيْرُكَ وَلَايَطَّلِعُ عَلَيْهَا أَحَدٌ سِوَاكَ وَلَايَسَعُهَا إِلَّارَحْمَتُكَ وَحِلْمُكَ وَلَا يُنْجِيْ مِنْهَا إِلَّا عَفْوُكَ 

وَأَسْتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ يَمِيْنٍ حَلَفْتُ بِهَا فَحَـنَـثْتُ فِيْهَا وَأَنَا عِنْدَكَ مَأْخُوْذٌ بِهَا 

وَأَسْتَغْفِرُكَ يَا لَا إِلٰـهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

وَاَسْتَغْفِرُكَ يَا لَا إِلٰـهَ إِلَّا أَنْتَ عَالِمٌ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةَ مِنْ كُلِّ سَيِّئَةٍ عَمِلْتُهَا فِيْ بَيَاضِ النَّهَارِ وَسَوَادِ اللَّيْلِ فِيْ مَلَإٍ وَخَلَإٍ وَسِرٍّ وَعَلَاِنيَةٍ وَأَنْتَ إِلَيَّ نَاظِرٌ إِذَا ارْتَكَبْتُهَا تَرَى مَا أَتَيْتُهُ مِنَ الْعِصْيَانِ بِهِ عَمْدًا أَوْ خَطَأً أَوْ نِسْيَانًا يَا حَلِيْمُ يَاكَرِيْمُ

وَأَسْتَغْفِرُكَ يَا لَا  إِلٰـهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ 

رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَارْحَمْنِيْ وَتُبْ عَلَيَّ وَأَنْتَ خَيْرٌ الرَّاحِمِيْنَ 

وَأَسْتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ فَرِيْضَةٍ وَجَبَتْ عَلَيَّ فِيْ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ فَتَرَكْتُهَا عَمْدًا أَوْ خَطَأً أَوْ نِسْيَانًا أَوْ تَهَاوُنًا وَأَنَا مَسْئُوْلٌ بِهَا، 

وَمِنْ كُلَّ سَنَةٍ مِنْ سُنَنِ سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَخَاتِمِ النَّبِيِّيْنَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ فَتَرَكْتُهَا غَفْلَةً أَوْ سَهْوًا أَوْ جَهْلًا أَوْ تَهَاوُنًا قَلَّتْ أَوْ كَثُرَتْ وَأَنَا عَائِدٌ بِهَا

Aku memohon keampunan-Mu daripada dosa-dosa yang tidak diampuni oleh sesiapa selain Engkau, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Engkau, yang tidak mampu ditanggung melainkan oleh rahmat dan kesantunan-Mu, dan yang tidak dapat diselamatkan daripadanya melainkan dengan keampunan-Mu.

Aku juga memohon keampunan-Mu daripada setiap sumpah yang telah aku lafazkan lalu aku melanggarnya, sedangkan aku tetap dipertanggungjawabkan di sisi-Mu terhadapnya.

Aku memohon keampunan-Mu, wahai Tuhan yang tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim.

Dan aku memohon keampunan-Mu, wahai Tuhan yang tiada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, daripada setiap keburukan yang telah aku lakukan pada siang hari dan malam hari, sama ada di hadapan orang ramai atau secara bersendirian, secara rahsia atau terang-terangan, sedangkan Engkau sentiasa memerhatikanku ketika aku melakukannya. Engkau melihat apa yang aku lakukan berupa perbuatan derhaka, sama ada dengan sengaja, tersalah, atau kerana terlupa. Wahai Tuhan Yang Maha Penyantun lagi Maha Mulia.

Dan aku memohon keampunan-Mu, wahai Tuhan yang tiada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim. 

Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, terimalah taubatku, dan Engkaulah sebaik-baik Tuhan Yang Maha Pengasih.

Aku juga memohon keampunan-Mu daripada setiap kewajipan (fardu) yang telah diwajibkan ke atasku pada waktu malam dan siang hari, lalu aku meninggalkannya sama ada dengan sengaja, tersalah, terlupa atau kerana memandang remeh, sedangkan aku tetap dipertanggungjawabkan terhadapnya.

Dan aku memohon keampunan-Mu daripada setiap sunnah daripada sunnah-sunnah penghulu para rasul dan penutup para nabi, Nabi Muhammad SAW, yang telah aku tinggalkan kerana lalai, tersalah, kejahilan atau memandang remeh, sama ada sedikit atau banyak, dan sesungguhnya aku kembali berpegang serta beramal dengannya.

 وَأَسْتَغْفِرُكَ يَالَا إِلٰـهَ إِلَّا أَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ، سُبْحَانَكَ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ لَكَ الْمُلْكُ وَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ وَأَنْتَ حَسْبُنَا وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

 وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ إِلٰـهَ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيرْاً وَالْحَمْدُللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Dan aku memohon keampunan-Mu, wahai Tuhan yang tiada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Mu. Maha Suci Engkau, wahai Tuhan sekalian alam. Milik-Mulah segala kerajaan, dan bagi-Mulah segala puji serta segala kesyukuran. Engkaulah tempat kami berserah dan Engkaulah sebaik-baik Pelindung. Engkaulah sebaik-baik Penolong dan Pembantu. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat baginda, dengan salam yang sebanyak-banyaknya. Dan segala puji hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


#semoga bermanfaat

#hiduphanyauntukAllah

#1000xselawat

#semogasentiasabertaubat

#hanyaredhodanrahmatAllahyangkuharapkan

#duniahanyasementara

Terbaru Lebih lama